Pegawai Bank Sanggup Datang Dekat Kereta Ambil Cop Jari Dapat Pujian Ramai

 

Baru-baru ini perkongsian seorang pengguna menarik perhatian ramai tentang layanan baik yang diberikan seorang pegawai bank ini. Menerusi video yang dimuat naik ini, wanita itu memberitahu dia membawa ibunya yang merupakan pesakit strok untuk berurusan di bank.
Menurutnya, mereka ingin mengeluarkan duit milik ibunya namun terlupa untuk membawa kad pengenalan. Oleh kerana jarak bank dan rumah yang agak jauh, mereka kemudian cuba meminta jasa baik pegawai bank untuk melakukan urusan tersebut dengan hanya menggunakan cop jari empunya akaun bank.

 

Nasib menyebelahi mereka di mana mereka dapat menyelesaikan urusan tersebut dengan hanya menggunakan salinan kad pengenalan yang dibawa. Malah pegawai bank itu juga turut sama membantu dengan datang sendiri ke kereta bagi memudahkan urusan mendapatkan cop jari ibu mereka yang tidak dapat keluar kerana penyakit strok itu.
sumber:s..nass

Leave a Reply