Sanggup Berhujan Cangkul Buat Parit Kecil,Lelaki Ini Dapat Pujian Ramai

 

Kebiasaannya hujan yang berterusan akan menyebabkan keadaan jalan raya turut dinaiki air sekiranya tidak mempunyai sistem pengaliran air yang baik. Baru-baru ini pula, seorang lelaki mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat mencangkul kawasan di tepi jalan bagi mengelakkan jalan raya bertakung.
Tindakan mulia yang dilakukan lelaki ini juga telah memudahkan pengguna jalan raya yang lain sewaktu hujan lebat yang berlaku pada ketika itu. Menerusi video yang dikongsikan ini, lelaki tersebut menggunakan cangkul untuk membuat parit kecil bagi memudahkan air yang bertakung di jalan mengalir ke longkang besar.

Dapat dilihat dengan jelas, air yang bertakung mengalir dengan lebih mudah ke dalam longkang besar selepas lelaki itu mencangkul kawasan tersebut. Kebanyakan netizen turut berterima kasih dengan tindakan lelaki itu yang terpaksa meredah hujan lebat untuk melakukannya.

Leave a Reply