Tak Sempurna Mencintaimu Episod 4

===

#TakSempurnaMencintaimu
Nantikan drama ‘Tak Sempurna Mencintaimu’ diinspirasikan daripada novel karya Rehan Makhtar. Menampilkan gandingan Redza Rosli dan Intan Najuwa selaku watak utama. Bakal disiarkan di slot Akasia TV3.

JUDUL : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : November/Disember 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin

PENGARAH : Emi Suffian

PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd

PELAKON : Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Fendy Bakry, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Wan Maimunah, Azza Elite, Lydia Saimon, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol

 

WATAK PELAKON

Redza Rosli sebagai Mustaqim

Intan Najuwa sebagai Siratul

Fendy Bakry sebagai Epul

Rita Nadira sebagai Melissa

Nafiez Zaidi sebagai Fiqri

Aniq Suhair sebagai Safwan

Azza Elite sebagai Kak Siti

Ali Reza sebagai Kyle

Shah Khan sebagai Kuca

Scha Elinnea sebagai Mawardah 

Naim Shamshol sebagai Rudy

 

LAGU TEMA / OST 

Khai Bahar – Durja

SINOPSIS TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja. Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

“Kau sindir aku lagi, kan?” -MUSTAQIM

“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan” -SIRATUL

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim. Tapi entah mengapa… Yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.

“Aku buat kau gila dekat aku. Baru kau tahu…” -MUSTAQIM

“Memang dasar orang gila!” -SIRATUL

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… Lelaki itu berdusta dengannya. Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.

“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!” -SIRATUL

“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” -MUSTAQIM

Mustaqim bingung. Tak… Dia merancang yang indah sebenarnya. Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu. Cinta dusta yang menghantui hingga kini.

“Kalau dia tu, pedang yang menghunus… saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan.” -SIRATUL

Tapi, benarlah. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa… Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.

“You pergi dulu, Taqim. I akan menyusul…” -MELISA

“Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga…” -SIRATUL

“Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau…” -MUSTAQIM

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan. Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul. Namum adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bula perisainya tumbang? Dia sendiri tak pasti.

GAMBAR PELAKON

 

Comments are closed.