Julia Arina Episod 3




#juliaarina
Saksikan drama Julia Arina adaptasi daripada novel Mr Dud Next Door karya Aisya Rihanna pada setiap Selasa hingga Sabtu, pukul 2:30 petang di TV Okey atau tonton setiap episod di RTMKlik.

Julia Arina
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023
Waktu Siaran: Selasa-Sabtu, 2:30 petang
Rangkaian: TV Okey
Penulis Skrip: Adza Emie
Pengarah: Zek Zukry
Produksi: Open Echo Communications Sdn Bhd

Watak Pelakon
Maisara Sufia sebagai Julia Arina
Mustaqim Bahadon sebagai Adam Zafran
Aman Shah sebagai Tuan Danial
Dilla Ahmad sebagai Puan Maria
Jazmy Juma Khan sebagai Adam Haykal
Tash Yong sebagai Hani Arina
Kay Maria sebagai Jalilah
Asri Ismail sebagai Salman
Lidya Maisarah sebagai Maya Ayuni

Sinopsis Julia Arina
Nur Julia Arina ialah seorang gadis biasa. Dia mendambakan cinta daripada seorang lelaki kaya. Keadaan dirinya menjadi kacau apabila kakak kandungnya sendiri bersuamikan seorang jurutera dan kerap menghinanya kerana belum mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai teman lelaki. Disebabkan itu, api cinta yang datang mula tumbuh kepada duda di sebelah rumahnya dibuang jauh-jauh.

Kota raya Kuala Lumpur menyaksikan pertemuan semula Julia Arina dan Mr. Dud pokai yang dihindarinya. Identiti sebenar lelaki itu kini terbongkar. Mr. Dud pokai itu adalah Adam Zafran Tan Sri Daniel Iskandar. Ops, malunya Julia. Apa yang romantiknya, cinta lelaki itu tetap kudus untuk Julia.

Bahagia itu tidak datang bergolek tanpa dugaan. Cinta tiga segi di antara Adam Zafran, Adam Haykal dan Nur Julia Arina membuat ketiga-tiganya merana. Mana mungkin Adam Haykal mengaku kalah kepada abang kandung yang dibencinya. Dan Julia pula, bertahankah dengan hasad dengki kakak kandung sendiri?

Comments are closed.