Liar(Malaysia)Episod 10


#liartwosidesonetruthmalaysia
Nantikan drama premium Astro Originals, ‘LIAR’ sebuah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. Liar diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional. Siri asal Liar merupakan terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017.

Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.

Liar membariskan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts. Manakala, pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Drama Liar akan ditayangkan bermula 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ria.

Liar – Two sides, One Truth
Episod: 12
Tayangan di Astro Go: 25 Mac 2023, setiap Sabtu
Tarikh Tayangan di Astro Ria: 3 April 2023, setiap Isnin, 9 malam
Skrip: Mayang Al-Mohdar, Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad
Pengarah: Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Produksi: Double Vision Sdn Bhd

Comments are closed.