Gempak Most Wanted Awards 2023/2024





Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2024

Penganjuran anugerah paling gempak iaitu Gempak Most Wanted Awards kini terus mendapat perhatian peminat apabila memasuki edisi kedua untuk tahun 2023-2024 dalam GMWA 2023.

Anugerah ini adalah bertujuan bagi mengiktiraf industri dunia digital Malaysia seperti untuk influencers, content creator, gamers, selebriti dan sebagainya. Yang pastinya pemenang ditentukan sepenuhnya oleh undian peminat.

Untuk Gempak Most Wanted Awards 2024 kali ini diadakan pada 25 Februari 2024, hari Ahad pada jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau secara live streaming di Astro Go serta website Astro Gempak.

Sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan bersama anugerah utama dan undian Top 5 bagi setiap daripadanya telah dibuat bermula 17 Januari hingga 25 Februari 2024 pukul 12.00 tengah hari. Orang ramai boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Comments are closed.