“Daddy Rindu Pulang Sayang”-Bapa Tiri Durjana Banyak Up Status Sedih Rayu Qistina Balik
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang gadis bernama Aliah Qistina Budiyanto menjadi tempat ‘pemuas nafsu’ oleh bapa tirinya sendiri. Lebih mengecewakan, si ibu kandung malah bersubahat sama membiarkan anaknya dianiaya suami sendiri.
18 hari lari rumah, Akhirnya terjawap persoalan kenapa Qistina lari
Untuk pengetahuan, Qistina sudah mengalami perbuatan jijik terbabit sejak tahun 2020 lagi. Akhirnya setelah melarikan diri beberapa minggu lalu, dia nekad mendedahkan segala trauma hitam yang dilaluinya kepada pihak polis sekali gus menjurus kepada tindakan penangkapan dua suspek berusia 36 dan 40 tahun itu.
Pulanglah Qistina…Pulang sayang
Hasil tinjauan, TikTok ibu kandung yang sebelum ini banyak memuat naik tentang kehilangan Qistina sudah disetkan kepada mod private. Manakala pemeriksaan terhadap Facebook si ayah tiri pula menyaksikan lelaki ini ada beberapa kali berkongsikan rasa sedih, rindu dan rayuan agar remaja 16 tahun itu kembali ke rumah.
Bila saya nampak makanan yang dia (Qistina) suka, saya nangis kat situ juga – Ibu
Di sebalik kata-kata manis menunjukkan kasihnya seorang ayah kepada anak sambil menggelar Qistina dengan panggilan ‘sayang’, siapa sangka rupanya ia hanya lakonan semata-mata. Terdahulu, ramai pihak wartawan turut berkesempatan datang ke rumah mereka untuk melakukan liputan khas mengenai berita kehilangan Qistina.
Sumber : YouTube Melaka TV & FB djdanns DND
Published: Friday, April 14th, 2023
Category: ALL, ALL Drama, Kepala Bergetar, Myflm4u, myflm4ubiz, Myinfotaip, Semasa, Viral
Tags: “Daddy Rindu Pulang Sayang”-Bapa Tiri Durjana Banyak Up Status Sedih Rayu Qistina Balik